Ke Arah Kesihatan Yang LEBIH Baik

Alatan Berteknologi Tinggi

Selamat Datang
Blank page
Alatan Berteknologi Tinggi
Set Bersalin Tropika Herb
Pasti Kanak-Kanak Menyukainya
Pek Gaya Hidup NUTRILITE
Cara Penghantaran, Pembayaran Dan Jaminan Kepuasan
Hubungi Kami
On this page we will list all of the products we offer as part of our main product line. Please check in often because we will frequently update the product pages with new items.

Pilih Kehidupan. Pilih Sistem Rawatan Air eSpring™.
 
 
Harga : Rm4000.00

air.jpg

Laman Web Mini Produk Untuk Maklumat Lebih Lanjut

Pilih Kehidupan. Pilih Sistem Rawatan Air eSpring™.

Kehidupan bermula daripada eSpring! eSpring bukan sahaja membekalkan air yang kelihatan lebih bagus, rasa lebih baik, ia menunaikan janji untuk membekalkan air bersih bagi orang yang inginkan yang terbaik dalam kehidupan.

8 Sebab untuk memilih eSpring™

  1. AIR LEBIH BERSIH, LEBIH JERNIH, TERASA LEBIH ENAK.
    Faedah Sistem Rawatan Air eSpring yang paling ketara ialah peningkatan lebih baik dari segi rasa, bau dan kejernihan air. Inilah yang pelanggan akan perasan, fahami, dan hargai dengan serta-merta.

  2. AIR YANG LEBIH SIHAT, LEBIH BERKUALITI.
    Banyak sistem yang mempertingkatkan keadaan dan rasa air. Tetapi sangat sedikit yang dapat mengurangkan bahan cemar berpotensi mendatangkan bahaya, malah terlalu sedikit pula yang mampu menyingkirkan bakteria dan virus bawaan air secara berkesan. Sistem Rawatan Air eSpring melakukan kedua-duanya. Ia menyingkirkan secara berkesan lebih daripada 140 bahan cemar yang berbeza – dan memusnahkan lebih daripada 99.99% bakteria dan virus bawaan air.

  3. DIUJI DAN DISAHKAN OLEH NSF.
    NSF International adalah sebuah organisasi yang bukan mengaut keuntungan yang diiktiraf di seluruh dunia sebagai pihak berkuasa bebas terkemuka yang menjalankan ujian dan pensijilan ke atas sistem rawatan air. NSF International telah menguji dan mengesahkan Sistem Rawatan Air eSpring dapat mengurangkan lebih banyak bahan cemar yang menjejaskan kesihatan berbanding mana-mana sistem berasaskan karbon /UU lain yang pernah disahkannya.

  4. TEKNOLOGI YANG UNIK, MAJU DAN TERKEMUKA.
    Sistem Rawatan Air eSpring adalah sistem pertama yangmenggabungkan teknologi rawatan air terbaik yang sedia ada: penuras blok karbon, cahaya UU, dan pemantauan elektronik. Kartrij Karbon-UU mengurangkan partikel dan lebih 140 bahan cemar; cahaya UU memusnahkan lebih daripada 99.99% mikroorganisme bawaan air, dan sistem pemantauan elektronik membolehkan pengguna mengetahui bila masanya untuk mengganti. Kombinasi teknologi-teknologi inilah yang menjadikan eSpring begitu unik.

  5. DISOKONG OLEH PENYELIDIKAN LEBIH 20 TAHUN DENGAN LEBIH 338 PATEN YANG DIBERI ATAU SEDANG MENANTI KELULUSAN DAN DITERIMA BAIK DI 36 NEGARA.
    Sistem Rawatan Air eSpring adalah hasil penyelidikan lebih 20 tahun dalam teknologi rawatan air. Ia telah direka dan dibangunkan oleh jurutera dan saintis eSpring. Sistem Rawatan Air eSpring mempunyai lebih daripada 338 paten rawatan air di serata dunia, yang telah diberi atau sedang menanti kelulusan. Sejak pelancaran eSpring, sistem itu telah diterima baik di lebih 36 negara di serata dunia.

  6. MESRA PENGGUNA DAN MUDAH DIPASANG.
    Tidak seperti air yang dibotolkan atau penuras jenis jag, Sistem Rawatan Air eSpring boleh membekalkan semua keperluan air minum dan memasak bagi sebuah keluarga sederhana – bila-bila sahaja ia dikehendaki, secara terus dari paip. Rekaan eSpring yang lebih kompak dan kontemporari juga tidak banyak mengambil ruang agar lebih mudah dan lebih fleksibel. Dan, tiada peralatan khas yang diperlukan untuk memasang eSpring.

  7. PENYENGGARAAN MUDAH DAN LEBIH KETENANGAN.
    Sesetengah penuras dan sistem rawatan memerlukan penggantian penuras setiap bulan, jika tidak lebih kerap lagi. Namun, Sistem Rawatan Air eSpring boleh membekalkan 5,000 liter air atau bekalan satu tahun mana-mana yang terdahulu – sebelum Kartrij Karbon-UU perlu diganti.

  8. KUALITI DAN NILAI HEBAT UNTUK WANG.
    Walaupun Sistem Rawatan Air eSpring memberikan prestasi dan kemudahan hebat, kos rawatan sebenarnya adalah kurang berbanding mana-mana sistem lain.

Sistem Penggera Rumah
 
Harga : Rm3150.00

home.jpg

TAWARAN ISTIMEWA!

Dengan setiap pembelian Sistem Penggera Rumah (211178/211179/211180), anda layak membeli Unit Siren Luaran dengan lampu amaran pada harga istimewa, dalam satu pesanan.

Oleh kerana ia mengguna kuasa elektrik, satu lubang kecil akan diltebuk pada dinding untuk menyambungkan Kotak Siren Luaran ke tempat soket dalam rumah anda.

Sistem Penggera Rumah adalah sistem keselamatan yang berciri lengkap dan boleh dipasang mengikut keperluan anda yang disambungkan dalam masa yang sekejap sahaja berbanding dengan sistem yang banyak menggunakan wayar. Tidak perlu pendawaian atau pemasangan kabel yang rumit! Cuma masukkan plag unit utama, pasang sensor tanpa wayar dalam zon-zon yang telah diprogramkan terlebih dahulu, yang anda ingin lindungi (dalam lingkungan 30 meter), anda sudah bersedia untuk memasukkan nombor-nombor telefon anda ke sistem tersebut!
  • Cara yang paling mudah untuk melindungi rumah anda - tiada kabel atau wayar yang perlu dipasang!
  • Mengguna Teknologi Kod Lompat sofistikated yang mencegah peniruan frekuensi Alat Kawalan Jauh anda.
  • Menghubungi anda secara automatik dengan mesej yang dirakamkan apabila penggera anda diaktifkan.
  • Menyambung atau memutuskan sistem anda dengan alat kawalan jauh, atau dengan panggilan telefon dari mana-mana sahaja di dunia.
  • Boleh dipasang mengikut keperluan anda – anda boleh menambahnya untuk disesuaikan dengan keselamatan dan keperluan gaya hidup anda.
  • Cuma dial talian penting pemasangan, juruteknik akan dihantar untuk memasang Sistem Penggera Rumah secara percuma.

Segala-galanya Yang Anda Perlukan dalam Satu Pakej

Sistem Penggera Rumah tanpa wayar ini termasuklah panel kawalan, siren luaran, sensor hubungan dan getaran, dan alat kawalan jauh. Pemasangan adalah mudah dan pantas.

Kajian mendedahkan bahawa kemungkinan anda akan menjadi mangsa kecurian di rumah adalah kurang jika anda telah memasang penggera pencuri dengan betul dan menyenggaranya dengan baik.

Sistem Penggera Rumah direka untuk melakukan tiga tugas asas.

Mengesan
Sistem ini mengandungi Panel Kawalan Pusat yang mengawal pelbagai pintu masuk di rumah anda. Jika penceroboh sedang cuba masuk ke dalam rumah anda melalui satu daripada pintu masuk yang dilindungi, sistem tersebut akan mengesannya dan akan mencetuskan siren tersebut.

Menghalang
Apabila penceroboh mencetuskan mana-mana satu daripada komponen, sama ada sentuhan magnet atau sensor getaran, Panel Kawalan dan Unit Siren akan berbunyi serta-merta dan mempunyai siren nyaring 102dB yang akan menghalang penceroboh daripada terus memecah masuk.

Memaklumkan
Apabila pemancar menghantar isyarat ke Panel Kawalan tentang pencerobohan tersebut, sistem tersebut kemudiannya akan menghubungi 3 nombor telefon yang telah diprogramkan terlebih dahulu yang mungkin telefon bimbit atau telefon pejabat anda, untuk memberi amaran tentang pencerobohan tersebut.

Ciri-ciri Penting Penggera Rumah

Ciri-ciri Faedah
Teknologi Tanpa Wayar
  • Apabila anda memasangnya, and mengawalnya, anda bawa bersama apabila anda bergerak. Anda memiliki privasi anda.
  • Mudah dioperasikan. Satu alat kawalan jauh selalu berada di disposal anda. Tiada kata laluan harus diingati.
  • Kos pemasangan yang lebih rendah.
  • Pemasangan yang pantas dan mudah.
  • Risiko kerosakan akibat kilat lebih rendah.
Teknologi Kod Lompat
  • Ciri maju untuk mencegah pencuri daripada meniru Kod Alat Kawalan Jauh.
  • Setiap kali anda mengguna Alat Kawalan Jauh anda, kod yang berbeza digunakan.
Sistem Pemberitahuan Auto
  • Sistem tersebut menghubungi 3 nombor telefon yang telah diprogramkan terlebih dahulu untuk memberitahu anda atau sesiapa yang anda pilih apabila penggera anda tercetus.
  • Sistem tersebut juga membenarkan anda menghubungi mana-mana telefon untuk menyambung atau memutuskan sistem tersebut.
Butang Panik (butang 2)
  • Anda boleh menekan butang 2 pada Alat Kawalan Jauh untuk mencetuskan siren secara manual semasa kecemasan.
Pendailan Senyap (butang 3)
  • Anda boleh menghubungi dengan senyap untuk bantuan tanpa mencetuskan penggera anda.
  • Sangat menyenangkan untuk warga tua atau ahli keluarga yang cacat.
  • Yang cuma harus menekan butang 3 pada Alat Kawalan Jauh dan ia serta-merta mensiapsediakan nombor yang telah diprogramkan.
Zon-zon Laluan
  • Apabila anda mempunyai pelawat dalam rumah anda, mereka mungkin pulang lewat. Daripada memberi Alat Kawalan Jauh kepada mereka, anda boleh memilih untuk mematikan Zon 1 dan 2, membenarkan tetamu anda untuk memasuki melalui pintu utama manakala zon-zon lain disambungkan.
Mod Loceng (Zon 8)
  • Pada waktu siang, sistem anda mungkin tidak disambungkan tetapi anda mungkin ingin mengetahui jika pintu belakang atau alur bumbung terbuka. Sesentuh Magnet yang dikhaskan sebagai Zon 8 akan memaklumkan sistem, yang akan membunyikan 2 bip, tanpa menutup siren.
Mesra Bayi
  • Anda boleh memilih untuk mematikan siren dalam Panel Kawalan untuk mencegah bayi daripada terkejut akibat bunyi tersebut.
Penunjuk bateri pada pemancar
  • Semua pemancar adalah berkuasa bateri. Apabila pemancar (untuk Sesentuh Magnet dan Sensor Getaran) bateri menjadi lemah, lampu menjadi oren, kemudian merah, untuk menunjukkan bateri perlu ditukar.
Fleksibiliti melaraskan kesensitifan
  • Anda dibenarkan menyelaras kesensitifan getaran pada Sensor Getaran mengikut persekitaran rumah anda.
Boleh diperkembangkan dan diprogramkan
  • Anda boleh mengembangkannya untuk disesuaikan dengan keselamatan dan keperluan gaya hidup anda.
Waranti Pengilang 2 tahun yang boleh dilanjutkan
  • Jika terdapat kesilapan dari segi buatan, bahagian-bahagian dan kerosakan pengilang, semua pembaikan dan penggantian adalah percuma.
Jaminan Kilat
  • Jika sistem anda disambar kilat, penggantian akan diberi untuk bahagian yang rosak.

Penulen Udara ATMOSPHERE
 
Harga : Rm5160.00

udara.jpg

Laman Web Mini Produk - Klik Untuk Maklumat Lebih Lanjut

Kuasa untuk Mengubah Persekitaran Anda ada Di sini

Pendekatan baru bagi penurasan, keefisienan, operasi yang senyap dan pemantauan udara – tiada penulen udara yang lain di pasaran hari ini yang mempunyai keseimbangan teknologi dan ciri-ciri Penulen Udara ATMOSPHERE™.

Sistem penurasan CLARUS™ yang luas dan berkesan 99.99%
Sistem penurasan CLARUS menampilkan penuras karbon yang diaktifkan dengan kawasan permukaan yang cukup besar untuk meliputi 226 padang bola atau 17 juta kaki persegi. Kapasiti yang amat banyak, digabungkan dengan Penuras HEPA, menghapuskan 99.99% bahan cemar partikel bawaan udara yang lalu menerusi penuras. Berkesan menghapuskan debunga, bakteria, hama habuk, virus, asap, dan kotoran sekecil 0.009 mikron.

Keefisienan sesenyap bisikan PUREFLOW™
Operasi senyap adalah penting untuk keselesaan rumah anda seperti juga udara bersih. Penulen Udara ATMOSPHERE menawarkan kedua-duanya dengan sistem PUREFLOW yang unik. Ia menghapuskan kebisingan kipas yang berlebihan dengan beroperasi hanya bila diperlukan. Ia juga mengurangkan penggunaan tenaga dengan hanya mengguna kuasa hingga serendah 4 watt – ciri yang membolehkan ATMOSPHERE memperolehi pengesahan ENERGY STAR®.

Pemantauan automatik dan keupayaan perlindungan Intelli-Sense
Teknologi Intelli-Sense memanfaatkan Sensor Partikel siap bina yang membolehkan mod satu sentuhan automatik yang memantau dan melindungi kualiti udara persekitaran rumah anda walaupun ketika anda tiada di sana. Sensor Partikel itu membolehkan ATMOSPHERE menyelaras kelajuannya secara automatik mengikut keadaan udara yang berubah, seterusnya memberikan udara yang lebih bersih dalam masa paling singkat.

Penulen Udara ATMOSPHERE juga memantau keadaan ketiga-tiga penuras secara automatik, dan memaklumkan anda bila ia perlu diganti atau dibersihkan bagi Prapenuras. Monitor itu mengira hayat penuras berdasarkan pada kombinasi waktu operasi, kelajuan operasi, dan tahap pencemaran.

Prestasi Kuasa Turbo yang pantas bertindak
Apabila anda inginkan udara bersih dengan cepat, hidupkan Kuasa Turbo. Dengan CADR* (Kadar Pengeluaran Udara Bersih) sebanyak 250 kaki padu seminit (7.1 m³/min), ia mampu membersihkan udara dalam sebuah bilik seluas 390 kaki persegi dalam masa kira-kira 30 minit.

iCook - Chef yang terbaik menggunakkannya
 
Harga : Rm4950.00

iCook - The Best Chef Used It
102566_b.jpg

Laman Web MiniPRoduk Untuk Maklumat Lebih Lanjut

  • Koleksi lengkap yang merangkumi semua 5 Set iCook:
    • Set Periuk Bertangkai 1L
    • Set Periuk Bertangkai 2L dan 3L
    • Set Periuk Bertangkai Saute
    • Set Periuk Stok 4L
    • Set Oven Dutch
  • Bagus untuk keluarga yang besar atau mereka yang suka memasak.
  • Sistem memasak bersepadu penuh yang membolehkan variasi yang tidak terhad untuk memasak cara bertingkat
  • Segala-galanya yang anda perlukan untuk menyediakan sajian setiap hari yang enak dan berkhasiat
  • Hak Cipta Terpelihara © 2008 aiefina.tripod.com. All Right Reserved.